Selamat Datang ke KATPM
Kolej Antarabangsa Teknologi & Profesional, Perlis, Malaysia (KATPM) adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia (Ruj:R4P0001) dan Kementerian Sumber Manusia, Malaysia (Ruj: L 00357) di bawah kawal selia Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). KATPM ditubuhkan mengikut akta IPTS 1996 dan telah beroperasi sejak 1998 di kampus Kangar, Perlis. Sehingga kini, KATPM telah mengeluarkan ribuan graduan dalam berbagai bidang pengkhususan dan telah pun mendapat pekerjaan. KATPM telah ditauliahkan MS ISO 9001: 2008 (Ruj: AR 3786). KATPM juga diiktiraf oleh United Kingdom Accreditation Service (Ruj: UKAS 074) dan mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) (Ruj: JPA(L) 130/11/1 Klt.59 (34).
Kolej Antarabangsa Teknologi & Profesional, Perlis, Malaysia didaftarkan dan diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (Semak)
KATPM juga mendapat perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). (Semak)
Kolej Antarabangsa Teknologi & Profesional dikenali sebagai Kolej Teknologi Profesional Indera Kayangan sebelum dinaik taraf.



















